Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, dua penyanyi lagenda itu akan menyanyikan lagu Kamelia di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016).

"Dua penyanyi yang mempunyai dua genre berbeza iaitu Abiet yang terkenal dengan lagu berkonsepkan puisi tentang alam dan sebagainya manakala Ramli Sarip terkenal dengan genre rocknya, gabungan kedua-dua penyanyi ini pastinya akan menjadi satu acara yang menarik.

"Kita juga menjangkakan kedatangan pengunjung akan bertambah dengan konsert istimewa ini," katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke pusat media di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata, pihaknya menyasarkan kedatangan pengunjung sebanyak 2.5 juta menjelang esok.

"Kita menjangkakan sebanyak 3 juta pengunjung akan hadir menjelang Sabtu atau Ahad ini," ujarnya.

Dalam konsert ROTF itu, antara artis-artis tempatan dan Indonesia lain yang menghiburkan pengunjung termasuklah Man Bai, Yazid, Shila Amzah, Wali Band, Sakura Band, Akim & The Majistret dan lain-lain. - UTUSAN ONLINE