Pengerusi jawatankuasa, Johardy Ibrahim berkata, hanya mereka yang menerima e-mel pengesahan sahaja dibenarkan masuk untuk menonton dan menyertai acara cabutan bertuah.

Menurutnya, terdapat sebilangan yang gagal menjawab soalan secara tepat, terutama melibatkan hal Standard Chartered Malaysia dan akhbar Utusan Malaysia.

“Selepas penyertaan ditutup 12 tengahari ini, kami menerima lebih 600 penyertaan dengan 70 peratus terdiri daripada penyokong Liverpool.

“Sekali lagi, pihak kami menyeru agar kedua-dua penyokong kelak mengamalkan semangat kesukanan tinggi dan mengelak daripada melakukan perkara yang melanggar undang-undang,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa [email protected] di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE