Dzulkifli Abdul Razak

Beliau menggantikan Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin yang te­lah mengakhiri tempoh lantikannya pada 31 Mac lalu selepas mula me­­megang jawatan itu pada 2012.

USIM dalam satu kenyataan berkata, Dzulkifli berpengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran pendidikan tinggi dan pernah menjadi Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) selama 11 tahun.

“Sebelum ini, beliau telah mempunyai hubungan langsung dengan USIM apabila dilantik sebagai penyandang Kursi Akademik Kepemimpinan Islam dan Felo Utama di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

“Pihak universiti mengucapkan tahniah kepada beliau dan yakin bahawa daya kepimpinan serta pengalaman luas yang dimilikinya mampu memacu universiti ini menjadi peneraju dalam segenap aspek ilmu dan muncul sebagai pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli,” kata kenyataan itu.

Dengan pelantikan itu, Dzulkifli me­rupakan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM yang ketiga dan bakal memegang tugas itu bagi tempoh tiga tahun berakhir pada 31 Mac 2019.

Beliau juga merupakan Presiden International Association of Universities yang berpangkalan di Perancis, ahli World Academy of Art and Sciences (FWAAS), pernah berkhidmat sebagai ahli Panel Penasihat Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Dasar Dadah dan Pengurusan sejak 1995 dan Jawatankuasa Saintifik WHO Peraturan Produk Tembakau (2004-2006).