Ketibaan Sabri, 54, di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Camar Laut di sini hari ini disambut oleh ahli keluarga dan sahabat handai.

Yang turut menyaksikan ketibaan beliau adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.

Sabri memulakan misi berjalan kaki di 14 buah negeri bermula dari Taman Botani Negara Shah Alam pada 8 Oktober lalu dan berakhir di sini.

Program yang bertujuan mempromosi khasiat madu kelulut itu diadakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 yang berlangsung di MAEPS mulai hari ini hingga 11 Disember. - UTUSAN ONLINE