Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Durian Malaysia RM130 sekilogram di China

Tajuddin Abdul Rahman menanam pokok perumah musuh semulajadi 'air
Tajuddin Abdul Rahman menanam pokok perumah musuh semulajadi 'air mata pengantin' di tepi sawah selepas merasmikan Program Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 #MOHKEPAYA di Kampung Pahang Tua, Pekan, Pahang, semalam. BERNAMA

PEKAN 12 Ogos - Permintaan tinggi dan harga yang mampu mencecah RM130 sekilogram menyebabkan peniaga dan pekebun durian di negara ini sanggup menjual `raja buah’ itu hingga ke China.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, keadaan itu merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan durian di dalam negara.

“Buah durian kini dijual mahal di pasaran tempatan bermula dengan RM25 sekilogram mengikut jenis,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 di Dewan Serbaguna, Kampung Pahang Tua di sini hari ini.

Menurutnya, harga durian yang kini tinggi di pasaran tempatan menimbulkan masalah kepada orang ramai yang mahu menikmati buah berkenaan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali; ADUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud; Pegawai Daerah Pekan, Datuk Ali Syahbana Sabaruddin serta Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Badrul Hisham Mohd.

Tajuddin berkata, bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan buah durian, kementerian menggalakkan orang ramai supaya menanam pokok durian dan membuka kebun-kebun baharu.

Sementara itu, beliau meminta golongan petani supaya bukan sahaja proaktif dalam mengambil peluang menjana pendapatan melalui pelbagai bantuan yang disediakan kerajaan malah perlu berani melakukan perubahan.

“Pendapatan petani perlu melonjak sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan dan RM48,000 setahun.

“Tetapi kalau kita bertani seperti biasa, kekal dengan cara lama, tidak mungkin akan sampai ke sasaran itu,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, perubahan besar perlu dilakukan yang melibatkan minda dan sikap dalam kalangan petani.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain