Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dugong ditemukan mati di Pulau Tinggi

ikan dugong
Bangkai seekor dugong yang ditemukan mati di perairan pantai Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing petang semalam. - UTUSAN ONLINE

JOHOR BAHRU 21 April - Bangkai seekor dugong ditemukan di perairan Pantai Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kes tersebut merupakan yang pertama pada tahun ini. 

Menurutnya, pada tahun lalu terdapat dua kes bangkai haiwan laut itu ditemukan terdampar di pantai negeri ini, manakala pada 2015, terdapat satu kes. 

"Penemuan bangkai itu merupakan satu kerugian kepada negeri kerana haiwan tersebut merupakan spesies yang semakin pupus. 

"Kami amat menitikberatkan usaha memelihara haiwan terancam seperti ini kerana dugong antara hidupan liar yang boleh dilihat di perairan negeri ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi. -  UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain