Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, dua vaksin tersebut ialah MMR bagi merawat penyakit demam campak, beguk dan rubela manakala difteria pula bagi mencegah penyakit kaki, tangan dan mulut.

Katanya, bagaimanapun perkara itu masih di peringkat cadangan yang akan diputuskan menerusi penubuhan pasukan khas (Task Force) dalam masa terdekat.

“Pihak kementerian secara serius akan mempertimbangkan semua cadangan daripada pelbagai pihak berhubung perkara berkenaan dengan mengambil kira kepentingan dan kesihatan kanak-kanak.

“Namun cadangan ini saya ambil kira secara mendalam kerana dengan mewajibkan satu hingga dua vaksin sebenarnya dapat mencegah kepada enam hingga tujuh jenis penyakit,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2019 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE