Mereka ialah Dzul Bakhtiar Rajudin dan Afian Mohamad yang dirai bersama 20 peserta lain dalam Malam Gilang Gemilang Anugerah Tukang Rambut Hit 2017 yang dianjurkan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengerusi Mara, Datuk Awang Adek Hussin berkata, industri gunting rambut mempunyai potensi besar dan peluang itu perlu direbut oleh usahawan bumiputera.

"Industri gunting rambut mampu menjana pendapatan lumayan dan masa depan yang cerah kerana ada tukang gunting rambut yang mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.

"Malah, penyertaan usahawan dalam program Tukang Gunting Rambut Hit anjuran Mara ini dapat membantu meningkatkan industri dandanan negara secara menyeluruh dan membuktikan potensi tukang gunting rambut bumiputera sebagai kerjaya profesional dan lebih berdaya saing di peringkat global," katanya sempena Malam Anugerah Tukang Rambut Hit 2017 di Hotel Premiera, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara, Datuk Mohamed Roseli Dol dan Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan Mara, Zulfikri Osman.

Awang Adek berkata, kesemua peserta seramai 20 orang itu akan menerima skim bantuan pembiayaan sama ada transformasi premis perniagaan, modal pusingan, penjenamaan dan program pembangunan keusahawanan Mara. - UTUSAN ONLINE