Menurut polis, pemandu trak menemui kedua-dua mayat selepas memeriksa muatan yang dibawa kerana terhidu bau yang mencurigakan daripada salah satu tong kabel yang dibawa ketika berada di Fulda, terletak di tengah-tengah Jerman, Ahad lepas.

Sementara itu, jurucakap mahkamah berkata, kedua-dua mangsa yang tidak dikenali itu dipercayai berasal daripada Afrika Utara berdasarkan gambar yang ditemui dan seorang daripadanya berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun manakala seorang lagi berusia sekitar 30-an. - AFP