Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales, Stewart Smith berkata, insiden di Banksia Road Public School itu berlaku tidak lama selepas kelas bermula.

“Akibat rempuhan itu, sebanyak lima murid dikejarkan ke Westmead Hospital dengan dua daripadanya meninggal dunia di hospital,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 18 murid yang cedera diberikan rawatan di sekolah tersebut. - AFP