Dalam kejadian pukul 8.50 pagi itu, pemandu kereta, Ng Vui Ying, 26, dan William Ng Vui Yang, 27, yang duduk di bahagian penum­pang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi akibat tersepit.

Sementara itu, dua penumpang di tempat duduk belakang, Fo Ket Tang, 27, dan Wilson Ng Vui Quan, 26, masing-masing mengalami ce­de­ra parah dan ringan.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohamad Firdaus Ab­dulah berkata, kereta berkenaan dalam perjalanan menuju ke Lagud Seberang dari arah pekan Tenom manakala lori pula datang dari arah bertentangan.

“Sebaik sahaja tiba di jalan berselekoh, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tiga tan berkenaan.

“Akibat kemalangan ini pemandu dan penumpang di bahagian hadapan tersepit di tempat duduk ma­sing-masing manakala dua penum­pang lain cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Firdaus, pemandu lori, Chew Vui Tsong, 48, hanya mengalami cedera ringan dan semua mangsa dihantar ke Hospital Tenom untuk rawatan lanjut.

“Kedua-dua pemandu memiliki lesen. Bagaimanapun, sampel darah diambil untuk ujian kandungan alkohol dalam darah,” jelasnya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.