Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata mereka Indra Kurniawan Mohd Amirul, 12, dan Zunnun Misri Nasrun, 12, telah menunjukkan reaksi positif terhadap rawatan yang diberikan.



"Kedua-dua mereka mengalami kesan lecur pada badan pada tahap 20 ke 30 peratus. Selepas hampir sebulan rawatan, mereka kini hampir pulih dari luka fizikal," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HKL hari ini. 



Seorang lagi mangsa Muhammad Shahir Sharifuddin, 11, yang dirawat di Unit Pediatrik dijangka dibenarkan pulang bulan ini.

"Bagi Shahir, kecederaan yang dialaminya lebih teruk kerana mengalami 'fracture'. Namun beliau sedang pulih dengan baik," katanya. - BERNAMA