Dalam nahas tersebut, kesemua pemandu dan penumpang kereta jenis Perodua Alza dan Myvi itu cedera dan mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Muhammad Asyraf Mat Isa berkata, pihaknya ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.53 petang.

Katanya, setiba di lokasi kejadian, didapati kesemua mangsa di dalam dua kenderaan itu bertindih antara satu sama lain dan keadaan tersebut menyukarkan mereka untuk keluar.

"Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit dilakukan menggunakan peralatan 'rescue tool' dan kesemua mereka diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada ambulans untuk tindakan lanjut.

"Operasi menyelamatkan mangsa melibatkan empat anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dengan dibantu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) Tapah dan Slim River. Operasi tamat pada pukul 6.24 petang," katanya. - UTUSAN ONLINE