Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, perbincangan itu juga bagi mengukuhkan kesepakatan kedua-dua kementerian dalam pembangunan insan.

“Antara perbincangannya adalah kerjasama strategik dalam pengurusan Hospital Pengajar Universiti Awam dan beberapa perkara penting lain yang akan diumumkan kelak.

“Diharapkan hubungan baik kedua-dua kementerian ini dapat diteruskan bagi memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE