Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua kanak-kanak perempuan digigit anjing positif rabies disahkan sihat

IPOH 16 Julai - Dua kanak-kanak perempuan yang digigit anjing peliharaan di Kuala Sepetang, Taiping pada 4 Julai lalu disahkan sihat tanpa penyakit berkaitan virus rabies atau penyakit anjing gila.

MAH HANG SOON
MAH HANG SOON

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah
Hang Soon berkata, kedua-dua kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun itu juga sihat tanpa sebarang penyakit lain.

“Kedua-dua kanak-kanak ini sihat malah pendarahan akibat luka digigit anjing juga telah sembuh. Pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang tanda pada penyakit setempat atau sistemik.

“Mereka juga telah diberikan suntikan vaksin di Hospital Taiping hari ini dan pemantauan akan dilakukan daripada semasa ke semasa berhubung perkembangan kesihatan kanak-kanak terbabit,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya memandang berat isu berkenaan dan akan mengambil semua langkah bagi memantau keadaan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam kenyataannya hari ini melaporkan seekor anjing peliharaan yang mati lapan hari selepas menggigit anak perempuan dan anak saudara perempuan pemiliknya disahkan positif virus rabies.

Haiwan tersebut mati pada 12 Julai lalu dan pemeriksaan fizikal mendapati ada kesan luka gigitan pada bahagian zakar anjing manakala ujian sampel otak pula menunjukkan positif virus rabies. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain