Jenazah dibawa keluar kira-kira pukul 4 petang terus dibawa ke Madrasah Islamiah, Hospital Kuala Lumpur untuk solat jenazah.

Difahamkan, kumpulan pertama yang dibawa keluar dari IPFN merupakan 12 jenazah yang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini. -UTUSAN ONLINE