Karya terjemahan dari buku Visiting the Land of Buds dan juga An Ocean of Wonders: A Collection of 25 Short Stories itu diterbitkan oleh Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM), merupakan kompilasi kumpulan puisi dan drama pentas yang menyelitkan pelbagai falsafah dan isi hati Kemala.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Md. Salleh Yaapar berkata, acara dianjur hasil kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu merupakan medan penting sinergi untuk memperlihatkan kepentingan bahasa dan sastera.

Katanya, acara julung kali itu diadakan itu bukan hanya tertumpu golongan penulis tempatan sahaja malah turut melibatkan pengkarya dari seluruh nusantara Melayu.

"Wacana Puncak 77 Kemala sebagai penghargaan dan kepengarangan beliau, sumbang baktinya dan kesan penglibatannya dalam dunia sastera Nusantara selama lebih lima dekad.

"Datuk Kemala gunakan nama pena Akmal Jiwa adalah tokoh yang penting dalam mengangkat dan memartabatkan hasil karya sastera yang bernilai tinggi dan mencorak pemikiran dan budaya hidup masyarakat," katanya dalam perasmian majlis Wacana Puncak 77 Kemala, di DBP, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehudin Abang Shokeran; Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron dan Ahlk Lembaga Amanah Yayasan Karyawan, Tan Sri Hamad Kama Piah.

Selain medan menyemarakkan hasil karya Nusantara, Wacana Puncak 77 Kemala diadakan sempena sambutan ke-77 tahun kelahiran beliau pada 30 Januari 1941, yang merupakan antara tokoh terpenting dan diangkat sebagai Sasterawan Negara pada 2011. - UTUSAN ONLINE