Satu lagi jenazah pelajar pusat tahfiz itu, Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan, 12, dikebumikan di tempat berasingan dalam kawasan tanah perkuburan yang sama. 

Jenazah Azkar Abiedi, Azkar Dariemi dan Muhammad Afiq Haqimie tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 6.27 petang selepas disembahyangkan di surau Hospital Kuala Lumpur manakala jenazah Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan tiba pada pukul 7.50 malam. 

Jenazah Azkar Abiedi, Azkar Dariemi dan Muhammad Afiq Haqimie selesai dikebumikan sebelum solat Maghrib manakala jenazah Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan selesai dikebumikan kira-kira pukul 8.15 malam. 

Imam Surau Rajaiyah Kampung Baru, Giman Awang membacakan talkin untuk jenazah Azkar Abiedi, Azkar Dariemi dan Muhammad Afiq Haqimie manakala jenazah Nik Muhammad Ridzuan Nik Azlan ditalkinkan oleh Imam Masjid Kampung Baru, Azizi Abdul Hamid. 

Lebih 300 ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan hadir pada majlis pengebumian itu. -UTUSAN ONLINE