Beliau berkata, sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP) TLDM untuk memastikan setiap angotanya melakukan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan ia benar-benar sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan itu.


“Kita tidak pernah berkompromi dan tidak akan melindungi sesiapa pun jika didapati bersalah. Pusat tahanan itu akan tetap beroperasi seperti biasa namun lembaga siasatan yang ditubuhkan akan memfokuskan kepada SOP sama ada ia masih relevan dan komprehensif serta dipatuhi oleh anggota bertugas, tetapi kita tidak boleh huraikan.


“Lembaga siasatan ini juga tidak akan campur tangan urusan berkaitan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lembaga ini terdiri daripada lima orang yang diketuai oleh seorang berpangkat Kapten yang juga merupakan pegawai kanan.


“Salah seorang anggota dalam lembaga siasatan itu merupakan pakar dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang akan melihat keseluruhan prosedur,” katanya yang turut enggan membuat sebarang spekulasi tetapi sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.


Ahmad Kamarulzaman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 51 veteran Pasukan Khas Laut (Paskal) sempena sambutan ulang tahun ke-35 Paskal di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE