Komander polis wilayah Pattani, Piyawat Chalermsri memaklumkan bahawa dua anggota pemisah itu yang didakwa ada kaitan dengan keganasan sekolah dibunuh dalam kejadian tembakan pagi semalam.

Walaupun beliau tidak memberi maklumat mengenai identiti mereka atau kaitan, katanya pihaknya ‘yakin mereka adalah kumpulan sama yang menjalankan serangan Khamis lalu’ dengan menunggang motosikal. - AFP