Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, seorang pekerja kantin Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman menemukan dron tersebut pada pukul 8.30 pagi sebelum membuat laporan kepada Polis Daerah Dang Wangi pada Khamis lalu.

“Pada masa ini siasatan lanjut sedang dilakukan untuk mengenal pasti pemilik dron berkenaan sama ada warga Polis Diraja Malaysia atau orang luar.

"Penemuan dron ini masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 143(1) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE