Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara ke-13 berkata, pemilihan Zurinah itu dibuat berdasarkan sumbangan besarnya melalui karya dan pemikirannya terhadap pengembangan sastera serta impak dalam penyebaran ilmu.

“Selain itu, pemilihan ini juga dibuat berdasarkan kepimpinannya dalam persatuan sastera, impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterima,’’ katanya dalam majlis pengumuman Anugerah Sastera Negara ke-13 di sini.

Zurinah yang dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah telah menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel.- UTUSAN ONLINE.