Dr. Vida berkata, pusat pengajian yang dinamakan Mahaad Tahfiz Raudatul Jannah DSV itu bakal dibina di atas tanah berkeluasan 1.2 hektar di kawasan Tanah Merah.

Menurutnya, majlis pecah tanah pusat itu akan disempurnakan pada 18 Januari ini sebagai mana mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

"Mahaad ini ditubuhkan bertujuan melahirkan hafazan Al-Quran, akademik dan kemahiran bagi melahirkan golongan hafiz yang berwibawa.

"Kita juga akan lengkapkan Mahaad ini dengan segala kemudahan untuk memberikan keselesaan kepada para pelajar," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Dr. Vida memberitahu, pelan pembinaan pusat pengajian itu sudah mendapat kelulusan pihak berwajib. - UTUSAN ONLINE