Dr. Maher dan delegasi beliau termasuk Ketua Perhubungan Islam dan Arab, Izzat Rishaq dan Ahli Kepimpinan Politik Hamas, Usamah Hamdan tiba di Bilik Jawatankuasa 2 di bangunan ini kira-kira pukul 9 pagi.


Sebelum ini, delegasi Hamas, Palestin itu telah menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 sekali gus turut mendengar ucapan dasar yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.


Kesemua delegasi yang terdiri daripada tujuh anggota itu menghadiri mesyuarat selama 20 minit bersama Dr. Ronald dan beberapa wakil Malaysia bagi membincangkan isu kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. – UTUSAN ONLINE