Beliau mendakwa, jumlah itu tidak dilaporkan bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert dalam satu perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri pada lewat 1993.

“Apa yang saya ingat adalah, angka dalam lingkungan RM5 bilion yang disebut,” katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-24 dalam prosiding pendengaran di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE