Contohnya mengenai cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam sebagaimana diutarakan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Dr. Mahathir ketika ditemui selepas menghadiri majlis Anugerah Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) di sini hari ini berpandangan perkara itu tidak perlu dilaksanakan.

"Tidak, anda (pelajar) bebas untuk bercakap apa yang anda suka. Tidak payah la parti," kata beliau.

Maszlee dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin memberitahu pindaan terhadap AUKU tidak lama lagi akan membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan di semua universiti awam.

Langkah itu jelas Maszlee adalah sejajar dengan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun seperti dicadangkan sebelum ini. - UTUSAN ONLINE