MAHATHIR MOHAMAD

Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang memanggil beliau meskipun siasatan berhubung skandal kerugian BNM itu sudah bermula.

“Mereka boleh me­ng­hubungi saya bila-bila masa dan sentiasa bersedia untuk ke mah­kamah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Bual Bicara bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut dihadiri Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa dan Naib Pre­siden PKR, Nurul Izzah Anwar di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PPBM ketika ditanya tindakan ah­linya yang keluar parti baru-baru ini berkata, keputusan tersebut sesuatu yang aneh dan tidak selari dengan matlamat perjuangan mereka ketika menyertai parti berkenaan.

“Mereka hendak keluar parti itu hak masing-masing tetapi aneh kerana sekarang ini menuduh kami (PPBM dan Pakatan Harapan yang diketuai DAP) merosakkan ekonomi negara pula,” katanya.