Perdana Menteri juga berharap, perhimpunan yang berlangsung pada hari esok berjalan lancar dan peserta juga mematuhi segala arahan pihak berkuasa.

“Bagi pihak kerajaan, jika perhimpunan itu diadakan atas dasar kesyukuran, kita mengucapkan terima kasih kerana sokongan yang ditunjukkan.

“Kita tidak berhasrat menghalang atau menyukarkan penganjur perhimpunan kerana ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendokong prinsip-prinsip demokrasi.

“Cuma satu sahaja permintaan iaitu penganjur perlu membantu pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam memastikan tidak berlaku kekacauan atau kerosakan ke atas harta benda awam. Jika boleh jangan membuang sampah di merata-rata tempat dan jagalah kebersihan,” katanya menerusi rakaman yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau, hari ini. - UTUSAN ONLINE