Beliau yang ditemani isteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bersama pemimpin-pemimpin kerajaan negeri sebaik tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Kunjungan Dr. Mahathir ke negeri ini adalah yang pertama sejak kembali menjadi Perdana Menteri, malah sepanjang kempen pilihan raya umum Mei lalu, beliau tidak datang ke Sabah untuk berkempen.-UTUSAN ONLINE