Mufti Perlis Prof.Madya Datuk Dr, Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkata itu dinyatakan oleh Perdana Menteri pada majlis bersama ulama dan cendekiawan Muslim dari pelbagai pertubuhan di Putrajaya baru-baru ini.

Mohd Asri berkata, berdasarkan kepada jaminan itu, beliau yakin Islam di Malaysia tidak teracam.

“Bahkan kedudukannya akan semakin diperkasakan dari semasa ke semasa,” kata Mohd Asri dalam catatannya di media sosial.

Bahkan kata beliau, berdasarkan respon daripada cendekiawan yang hadir, semuanya bersetuju bahawa inilah masanya semua pihak menyumbang tenaga dan upaya bagi menampilkan Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Majlis yang berlangsung pada 31 Julai itu dihadiri 45 orang ulama dan cendekiawan Muslim dari seluruh negara. - UTUSAN ONLINE