HASHIM YAACOB

Beliau menerima pengiktirafan itu bagi menghargai sumbangan besar yang diberikannya kepada UM dalam bidang sains pergigian dan kesihatan.

Hasilnya, Ijazah Pembedahan Pergigian yang dikeluarkan UM menerima pengiktirafan Majlis Pergigian Great Britain (GDC) pada 1997.

Malah, Presiden GDC, Dame Margaret Seward menyatakan, piawaian program Fakulti Pergigian UM adalah setaraf dengan yang terbaik di dunia.

Hashim juga berjaya meletakkan UM dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia pada 2004, 2006 dan 2006.

Beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pergigian UM pada 1975 dan menamatkan perkhidmatan pada 2008.

Selain UM, Hashim pernah menjadi Naib Canselor di Kolej Universiti Kejururawatan Malaysia, Universiti Metropolitan Kuala Lumpur, Universiti Antarabangsa Quest Perak dan Universiti Meritus Malaysia.