Naib Presiden Resorts World Genting, Kevin Tann turut melahirkan rasa teruja untuk menyaksikan ESL Genting 2018 yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 Januari ini setelah kejayaan besar tahun lalu mendapat sokongan ramai peminat di seluruh dunia .

“Kolaborasi bersama Resorts World Genting buat kali kedua ini dapat menggalakkan pertumbuhan sukan elektronik di Malaysia. Setiap pihak terbabit sangat gigih, komited dan bekerja keras menjayakan acara berprestij ini.

“E-sukan adalah satu industri yang besar dan berkembang pesat di seluruh dunia dan kami berharap dapat memainkan peranan untuk meningkatkan mutu pasaran tempatan serta serantau,” katanya dalam sidang akhbar ESL One Genting 2018 di Grand Hotel Resorts di sini, hari ini.

Antara pasukan yang kini menerima pengesahan penyertaan ESL One Genting 2018 adalah Complexity Gaming, SG E-Sports, Penta Sports, Planet Dog, Natus Vincere, dan juga TNC Pro Team. – UTUSAN ONLINE