MUA'AMAR GHADAFI JAMAL JAMALUDIN
MUA'AMAR GHADAFI JAMAL JAMALUDIN

Lantaran itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa kerajaan mengkaji semula peraturan dan undang-undang yang membenarkan pekerja asing menjawat jawatan tertinggi dalam pelbagai industri dan memberi keutaaman kepada belia yang telah menjalani latihan kemahiran untuk mengisi kedudukan tersebut.

Presidennya, Mua’amar Gha­dafi Jamal Jamaludin berkata, langkah itu perlu diambil bagi memastikan setiap belia berkemahiran dalam negara mendapat peluang untuk mengisi jawatan tertinggi dalam industri kemahiran di tanah air sendiri.

“Sepatutnya jawatan-jawatan tinggi yang menawarkan gaji lumayan perlu diberi kepada golo­ngan belia berkemahiran yang telah menjalani latihan di pelbagai institusi pendidikan dan tidak perlu bergantung kepada pekerja asing.

“Ada dalam kalangan majikan mungkin menawarkan jawatan tinggi kepada pekerja asing kerana faktor bayaran gaji yang lebih rendah berbanding bayaran yang perlu mereka lakukan kepada anak tempatan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana membantutkan peluang belia kita untuk berjaya,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mua’amar Ghadafi Jamal berkata, kerajaan juga perlu memberi tumpuan untuk meningkatkan lagi program Pendidian Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan setiap belia dalam negara mempunyai kualiti kemahiran tinggi untuk bersaing dengan pekerja asing.

Katanya, penelitian terhadap Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) perlu dilakukan se­perti mana pemfokusan kerajaan terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dibuat sebelum ini.

“Langkah-langkah ini perlu dilakukan kerajaan sejajar de­ngan era Revolusi Industri 4.0 selain permintaan tenaga mahir yang semakin tinggi dalam pelbagai industri dalam negara dapat dipenuhi tanpa kebergantungan terhadap pekerja asing,” katanya.