Sungguhpun begitu, Wan Yahya Wan Harun, 59, serta isteri Wan Yah Wan Yaacob, 52, tidak putus-putus mengutuskan doa semoga anak keempat dari tujuh beradik itu segera ditemukan.

Wan Yahya ketika ditemui di Kampung Padan Embun, Tendong merayu seluruh rakyat negara ini supaya memohon doa semoga Wan Mohd. Arif atau lebih mesra di sapa Ayeh segera ditemui.

"Doa seluruh rakyat Malaysia amat kami perlukan semoga segala usaha yang dijalankan berjalan lancar.

"Saya juga difahamkan, mayat suspek telah ditemukan pagi tadi," katanya.

Wan Yahya memberitahu, dia turut berharap anaknya itu segera ditemukan.

Katanya, selain itu, solat hajat turut diadakan di beberapa buah masjid bagi memudahkan usaha mencari anaknya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Ayeh yang sedang mengejar suspek kes samun yang dikenali sebagai Zam Ayam, tergelincir ke dalam sungai bersama suspsek.

Mangsa yang bertugas di Balai Polis Paka sedang melakukan aktiviti rondaan cegah jenayah terserempak dengan supsek yang menaiki kereta curi sebelum mengejarnya. - UTUSAN ONLINE