Persidangan anjuran Angkatan Demokrasi Milenials Bersekutu (MUDA), sebuah gerakan
anak muda yang bebas, aktif dan mahu tampil memainkan peranan dalam setiap agenda pembangunan masa depan Johor itu akan turut disiar secara FB live dalam Facebook Muda Arus Baru.

Koordinator DMJ, Ahmad Solehin Abd. Ghani berkata, dewan itu yang menyerupai konsep Parlimen Belia di 33 buah negara merupakan platform untuk orang muda membawa aspirasi mereka menyuarakan idea serta pandangan secara neutral dan bebas.

“Kami menyasarkan mahu menjadi kuasa pendesak berkecuali kepada polisi serta dasar kerajaan negeri dan Pusat selain menjadi platform melahirkan pemimpin politik muda yang baharu dengan pelbagai latar belakang pengalaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DMJ adalah satu platform terbuka dan bebas mengumpulkan anak muda Johor dan menjadi medium demokratik yang bersifat tersusun dalam menyalurkan kritikan, saranan serta ikhtiar semak dan imbang dengan matlamat memastikan kesejahteraan dipelihara dan dicapai dalam setiap gerak kerja kerajaan mahu pun pihak pembangkang.

Ahmad Solehin berkata, DMJ dibahagikan kepada lima jawatankuasa iaitu Sosioekonomi, Undang-Undang, Integriti dan Antarabangsa, Pendidikan, Teknologi dan Kerjaya, Pembangunan Masyarakat,
Kesihatan, Prasarana serta Alam Sekitar dan Sukan, Kebudayaan dan Agama.

Tambahnya, setiap kali DMJ bersidang, mereka akan membahaskan usul berkaitan dengan
cakupan jawatankuasa masing-masing sama ada bersetuju atau menolak sesuatu dasar yang
diperkenalkan oleh kerajaan.

“Pendirian akhir DMJ akan diterjemahkan melalui satu resolusi yang akan diserahkan kepada pihak kerajaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE