Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pemberianan dividen itu melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM92.56 juta kepada lebih 3.2 juta pendeposit.

Katanya lagi, kadar dividen empat peratus itu adalah berdasarkan pulangan bersih pelaburan yang dibuat atas pendeposit yang diterima oleh PTPTN.

Sejak dilancarkan pada 2004 sehingga 31 Disember 2017, sebanyak 3.2 juta akaun SSPN1M telah dibuka dengan jumlah deposit lebih RM3.3 bilion  - UTUSAN ONLINE