Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut diambil bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan kemudahan awam sebagai mod pengangkutan utama.

“Saya yakin langkah ini dapat menyumbang kepada usaha untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak,” katanya ketika berucap melancarkan projek LRT3 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam.