Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, biarpun orang ramai mula membanjiri Balai Polis Trafik di Jalan Tun H.S. Lee di sini seawal pukul 7.30 pagi, kaunter pembayaran hanya dibuka pada pukul 8.30 pagi tadi.

Jelasnya, setakat pukul 5.30 petang tadi, seramai 1,000 pesalah trafik telah menyelesaikan 4,000 saman walaupun kaunter telah ditutup  pukul 4.30 petang.

“Kita tetap akan menerima pembayaran saman walaupun ada dalam kalangan mereka telah lama menunggu untuk menyelesaikan tunggakan saman hingga selesai.

“Sebanyak tiga kaunter dibuka bagi membolehkan orang ramai menjelaskan pembayaran saman mereka di Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE