ZAINAL RAHIM SEMAN

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman (gambar) berkata, potongan pinjaman perumahan adalah dikecualikan daripada pengiraan potongan gaji 60 peratus dalam slip gaji pegawai. 

“Ini bermakna, pegawai layak memohon pinjaman perumah walaupun pengiraan potongan pinjaman perumahan menyebabkan pendapatan bersih (take home pay) kurang daripada 40 peratus.” katanya dalam satu pekeliling yang dikeluarkan semalam. 

Menurut Zainal Rahim, Jawatankuasa Khas Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa pada 3 Oktober lalu telah menyarankan pengecualian terhadap pelaksanaan surat JPA.BK(S)328/2 Jld. 13(9), ANM/SPP/M/3/10 Jld. 20(11) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1994 yang melibatkan pembelian rumah.

Katanya, pengecualian itu dibuat bagi memastikan penjawat awam dapat memiliki rumah yang merupakan satu keperluan asas hidup.