Menurut Ketua Wilayah Sarawak Digi, Casper Goh, pembukaan tersebut sebahagian daripada komitmen mereka bagi menawarkan lebih akses kepada masyarakat Sarawak.

“Outlet ini menggunakan konsep runcit terbaharu yang menampilkan kemahuan pelanggan bagi pengalaman perkhidmatan terbaik dan selesa.

“Pelanggan boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan dengan pantas seperti pembayaran bil pelan pascabayar, penukaran kad sim, pakej telefon dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan DSE bersama Pengurus AEON Mall Kuching, Erwin Ranyes dan Rakan Pengedar Digi, Wong Han Lung dari Simple Style Mobile di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Jualan Runcit Sarawak Digi, Anita Chua.

Mengulas lanjut, Casper berkata, liputan Digi juga semakin baik termasuk di kawasan luar bandar.

“Setakat ini, empat kawasan bandar utama iaitu Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri mendapat capaian 4g LTE advance yang lebih laju,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE