Mohd Khairuddin Aman Razali

Ketua Penerangannya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, menjadi kebimbangan pihaknya ialah jika insiden tersebut sengaja direncanakan oleh pihak tertentu di peringkat antarabangsa semata-mata untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam dan umatnya.

Selain itu katanya, rancangan sedemikian juga bertujuan memburukkan nama baik umat Islam yang berjuang mempertahankan hak nyawa dan keselamatan mereka di Palestin dan Syria.

“Saya berharap agar tiada pihak yang terburu-buru bertindak balas tanpa kewarasan dengan membuat pelbagai provokasi bagi menjadikan Islam dan umat Islam sebagai mangsa.

“Kita semua perlu berhati-hati dengan provokasi antarabangsa ini dan jangan mudah membuat tuduhan kononnya pejuang Islam yang menjadi dalang dalam serangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebagai umat Islam yang cintakan keamanan sejagat, Dewan Ulama merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa, keluarga dan rakyat Perancis atas musibah yang berlaku.