Antara dewan pameran yang menarik perhatian adalah AgroIT, AgroTourism, Agro Lifestyle, Magis dan kaunter Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, pelbagai aktiviti dan program serta demonstrasi turut dianjurkan dan boleh disertai pengunjung semasa MAHA 2016 yang akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di dewan utama Dewan A.

Setelah tujuh hari berlangsung, jumlah pengunjung ke MAHA 2016 telah mencecah dua juta orang.