Beliau berkata, perkara tersebut akan diumumkan secara teliti dalam pembentangan bajet negeri tidak lama lagi. 

"Kita akan buat keju di Desaru, sebab di kawasan itu terdapat Lembah Makanan Organik Bio Desaru (Bio Desaru) membabitkan ternakan lembu. 

"Sebelum ini, bila orang memikirkan keju mereka memikirkan negara luar tetapi pada masa akan datang, mereka akan memikirkan Desaru," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Lotus Seaview Beach Resort, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE