ZUNDIN MAHMOOD
ZUNDIN MAHMOOD 

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, polis turut mengambil keterangan 29 penghuni rumah kebajikan berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

"Siasatan masih diteruskan dari segenap aspek dan kita juga masih menunggu laporan akhir daripada pihak perubatan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Utusan Online melaporkan seorang ibu, Jamilah Mohamad mendakwa anak perempuannya yang berusia 10 tahun mengalami trauma selepas didakwa mengalami gangguan seksual dan penderaan.

Jamilah yang membuat laporan polis semalam mendakwa anak sulungnya yang sebelum ini ceria lebih suka menyendiri di rumahnya di sini. - UTUSAN ONLINE