Menurut sumber, mangsa yang telah 15 tahun menetap di Bukit Serdang itu dipercayai aktif dengan kegiatan mengedar dadah di Seri Kembangan dan kawasan sekitarnya.

“Difahamkan berlaku per­selisihan faham antara mangsa dan pengedar dadah di kawasan lain.

“Mangsa didakwa cuba mengganggu kawasan operasi pengedar lain dan perbuatan tersebut tidak disukai mereka,” kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber, mangsa sebelum ini dipercayai merupakan ahli kongsi gelap di Se­remban, Negeri Sembilan, namun sejak berpindah di Bukit Serdang dia mula memperlahankan kegiatannya tetapi beralih kepada aktiviti pengedaran dadah.

Dalam pada itu, Ketua Ja­batan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, polis mengenal pasti mangsa dalam kes itu dan sedang melakukan siasatan lanjut mengenai latar belakang dan juga aktivitinya.

Menurutnya, siasatan juga menemukan beberapa petunjuk baharu dan percaya kes tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat.