Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dedikasi Shekar dokumentasi Malaysia

SC Shekar yakin Grit & Grace: The Grandeur of Monochrome Malaysia dapat memupuk semangat patriotik d
SC Shekar yakin Grit & Grace: The Grandeur of Monochrome Malaysia dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Grit & Grace: The Grandeur of Monochrome Malaysia bukanlah buku pertama yang dihasilkan SC Shekar.

Bapa kepada dua orang anak itu sebaliknya telah menghasilkan lebih daripada 25 buah buku sehingga hari ini yang kesemuanya berbentuk foto dokumentari.

Walaupun memiliki latar belakang pendidikan dalam jurusan undang-undang, namun kerana minatnya yang mendalam dalam fotografi membuatkan Shekar terjun ke bidang kewartawanan.

Memulakan karier sebagai wartawan foto di sebuah akhbar tempatan pada awal 80-an, beliau merupakan seorang yang sangat komited dalam menyelesaikan tugas-tugas yang diberi sehinggakan memenangi banyak anugerah fotografi.

Pada 1988, beliau berhijrah ke luar negara dan menimba pengalaman dengan beberapa syarikat media di Hong Kong, Filipina dan Amerika Syarikat (AS) sebelum pulang semula ke tanah air pada 1994.

Sepanjang bertugas di luar negara, beliau banyak terinspirasi dengan karya-karya daripada beberapa orang jurugambar terkenal seperti William Eugene Smith dan Robert Frank yang mengabadikan diri mendokumentasikan peristiwa-peristiwa di AS pada era masing-masing.

Bermula daripada situ, timbul minatnya untuk mendokumentasikan negara ini secara sepenuh masa apatah lagi Malaysia juga tidak kurang hebatnya berbanding negara-negara lain dan mempunyai keunikannya tersendiri.

Mengulas mengenai pe­ngalaman selama hampir empat tahun menjelajah ke seluruh negara bagi menyiapkan Grit & Grace: The Grandeur of Monochrome Malaysia, Shekar berkata beliau tidak boleh melupakan layanan baik yang diberikan penduduk tempatan kepadanya.

Beliau begitu mengagumi cara rakyat di negara ini terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar menyambut kedatangan orang asing.

“Kalau saya ada masalah mereka akan tolong, kalau saya lapar, mereka akan berikan makanan. Ada juga yang jemput datang ke rumah dan menawarkan tempat untuk bermalam.

“Mereka ini orang kampung biasa, bukannya orang kaya tetapi masih sudi melayani tetamu dengan baik walaupun berbeza bangsa dan agama. Sifat-sifat murni masyarakat kita ini antara yang menarik tentang Malaysia selain keindahan landskapnya,” katanya.

Menurut Shekar, perjalanannya mendokumentasikan Malaysia telah menguatkan lagi cintanya kepada negara.

Sehubungan itu, beliau ya­kin penghasilan Grit & Grace: The Grandeur of Monochrome Malaysia dapat melakukan perkara sama kepada para pembacanya untuk lebih menghargai Malaysia.

“Sempena sambutan kemederkaan dan Hari Malaysia tahun ini, saya ingin mengambil kesempatan mengajak semua rakyat tidak mengira kaum dan agama untuk bersatu. Hanya dengan bersatu barulah negara ini akan terus aman sekali gus melangkah lebih ke hadapan.

“Saya berharap buku ini sedikit-sebanyak dapat mena­nam rasa sayang sesama kita serta kepada tanah air tercinta,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain