Beliau membuat keputusan itu kurang 24 jam selepas pasukan kendaliannya tewas 1-3 kepada Felda United dalam aksi Liga Super 2017 di Stadium Negeri di sini, malam tadi.

Menurutnya, keputusan tersebut diambil dengan kerelaan sendiri tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

“Sudah tiba masanya saya rehatkan diri. Keputusan ini memang sukar tetapi saya perlu jujur dengan diri saya sendiri.

“Saya perlu berehat dan itulah faktor utama kepada keputusan saya hari ini. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kerana memberi peluang kepada saya mengemudi pasukan ini,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Negeri sebentar tadi.

David memberitahu, ekoran ketiadaannya, tugas mengendalikan pasukan Bujang Senang akan dipangku sementara oleh penolong jurulatih, Pengiran Bala. - UTUSAN ONLINE