Zakaria yang kelihatan tenang dan tersenyum, menafikan kehadirannya hari ini adalah turut serta dalam mesyuarat pengurusan bersama Pengerusi FGV baharu, Datuk Azhar Abdul Hamid, pagi ini.

"Tidak, saya tak senior lagi. Ada hal sikit dekat atas," katanya.

Pada 6 Jun lalu, Zakaria dipaksa bercuti berkuat kuasa serta merta oleh lembaga pengarah syarikat dan arahan itu telah dikeluarkan melalui satu surat yang disampaikan setiausaha syarikat dengan disaksikan seorang Ahli Lembaga Pengarah FGV, Datuk Dr Omar Salim.-UTUSAN ONLINE