Semasa ketibaannya, beliau disambut oleh beberapa kakitangan pengurusan tertinggi syarikat termasuk Datuk Khairil Anuar Aziz yang kini merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk mengambil alih peranan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV.

Beliau yang dilantik pada Jumaat lepas akan
mempengerusikan mesyuarat di tingkat 45 bersama ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan apabila memulakan tugas pertamanya dengan syarikat itu hari ini. - UTUSAN ONLINE