Mokhtar, 81, meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang akibat penyakit buah pinggang dan paru-paru berair.

Anak Allahyarham, Maryati, 54, berkata, bapanya dimasukkan ke HTAA pada Khamis lalu selepas mengalami masalah kesihatan.

"Saya difahamkan ayah meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan dialisis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Allahyarham juga merupakan bekas setiausaha akhbar kepada tiga Menteri Besar termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei 1982 hingga Ogos 1986 yang kini menjadi Perdana Menteri.

Allahyarhan turut menjadi individu yang mengetuai rundingan dengan Ketua Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) di selatan Thailand sehingga mereka bersetuju meletak senjata. - UTUSAN ONLINE